Alpine Advisory Sdn. Bhd. (“Alpine”, “kami”) menghormati privasi anda. Notis ini dikeluarkan menurut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (seperti dipinda pada 2024).
Data peribadi yang kami kumpul
Butiran hubungan yang anda berikan (nama, nombor telefon, alamat e-mel), maklumat yang anda kongsikan semasa menggunakan perkhidmatan perancangan kewangan kami, serta maklumat yang dikehendaki oleh undang-undang bagi usaha wajar pelanggan.
Tujuan
Untuk menjawab pertanyaan; menyediakan perkhidmatan perancangan dan nasihat kewangan; memenuhi kewajipan undang-undang dan peraturan kami sebagai firma berlesen Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, termasuk kewajipan pencegahan pengubahan wang haram; dan, dengan persetujuan anda, menghantar maklumat terkini tentang perkhidmatan kami.
Pendedahan
Kami tidak menjual data peribadi anda. Data mungkin didedahkan kepada pengawal selia apabila dikehendaki oleh undang-undang, dan kepada penyedia produk setakat yang perlu untuk melaksanakan pelan kewangan anda atas arahan anda.
Hak anda
Anda boleh memohon akses kepada atau pembetulan data peribadi anda, menarik balik persetujuan pemasaran, atau membuat aduan dengan menghubungi kami di Unit No. 25-6, Menara 1MK, Jalan Kiara, 50480 Mont Kiara, Kuala Lumpur, atau melalui telefon di 03-6206 5488.
Pelanggaran data
Sekiranya berlaku pelanggaran data peribadi yang menyebabkan atau berkemungkinan menyebabkan kemudaratan yang ketara, kami akan memaklumkan Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi dan individu yang terjejas menurut undang-undang.
Notis ini disediakan dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Sekiranya terdapat percanggahan, versi Bahasa Inggeris diguna pakai. Kemas kini terakhir: September 2026.
